-
Saya ingin mengimport pelbagai jenis komoditi pertanian seperti biji benih dan anak pokok sebagai bahan tanaman untuk tujuan komersil. Adakah ianya tertakluk kepada sebarang keperluan pengimportan samada permit import atau lesen mengimport?
Ya. Pengimportan sesuatu tumbuhan (spesis tanaman atau bahagian-bahagian bahan tanaman sama ada untuk dibiakkan, hiasan atau pembuatan), produk tumbuhan dan artikel terkawal (tanih, media tanaman, bahan organan, mikroorganisma dan organisma berfaedah serta perosak tanaman) ke Malaysia adalah tertakluk kepada keperluan permit import (Import Permit, IP) di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 1976), Peraturan – Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 dan Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
-
Saya ingin mengimport anak pokok sebagai bahan tanaman untuk tujuan penyelidikan dan komersil. Adakah ianya tertakluk kepada sebarang proses sebelum mendapat kelulusan pengimportan?
Ya. Kelulusan sesuatu permohonan pengimportan tumbuhan, produk tumbuhan dan artikel terkawal termasuk bahan tanaman samada untuk tujuan penyelidikan dan komersil adalah bergantung kepada proses Analisis Risiko Perosak (Pest Risk Analysis , PRA) dan kelulusan Jawatankuasa Jawatankuasa Analisis Risiko Perosak (JKPRA). Proses PRA perlu dijalankan bagi menilai impak biologi dan ekonomi berdasarkan bukti saintifik untuk menentukan status sesuatu organisma itu adalah perosak atau tidak dan penentuan keperluan pengawalan dan penguatkuasaan langkah-langkah fitosanitary (phytosanitary measure) sebagai langkah pencegahan kepada kemasukan dan kemerebakan organisma tersebut.
-
Saya ingin mengimport pelbagai rempah ratus dari negara India. Adakah pengimportan ini memerlukan permit import (IP) ?
Pengimportan rempah untuk tujuan makanan manusia adalah tidak tertakluk kepada syarat yang khusus buat masa ini. Pengimportan ini tidak memerlukan Import permit daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia buat masa ini sehingga dimaklumkan kelak. Walau bagaimanapun, pengimportan ini perlu melalui pemeriksaan di pintu masuk oleh Jabatan MAQIS. Pengimport perlu mengisytiharkan konsainan tersebut kepada Jabatan MAQIS untuk pemeriksaan di pintu masuk. Jika didapati terdapat perosak atau bendasing dibawa bersama rempah yang diimport atau ketidakpatuhan yang lain, tindakan kuarantin akan dikenakan. Namun begitu, terdapat dua (2) syarat yang ditetapkan untuk kemasukan rempah ratus dari negara-negara Kumbang Khapra termasuk India. Syarat-syarat tersebut ialah :
i. Menjalani rawatan pewasapan Metil Bromida (MB) 80gm3 selama 48 jam (Rawatan ini perlu dilakukan di negara asal, dan
ii. Sijil Fitosanitasi dari National Plant Protection Organization (NPPO) negara-negara kumbang Khapra.
-
Saya ingin mengimport pelbagai jenis kekacang (kacang merah, hijau dan hitam) dari negara Taiwan, Argentina, Myanmar dan Sri Lanka. Selain itu, saya juga menggunakan pembungkusan guni jute. Adakah pengimportan ini memerlukan import permit?
Pengimportan bagi semua jenis kekacang kering tanpa kulit di bawah Perintah Kastam (Larangan mengenai Import, PLI) di bawah HS Code, Chapter 0713 bagi tujuan makanan manusia dan pemprosesan dari mana-mana negara yang tidak tersenarai sebagai negara berisiko tinggi adalah tidak tertakluk kepada Import Permit (IP) daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).
Walau bagaimanapun, pengimportan dari negara-negara yang endemik kepada Kumbang Khapra seperti Turki, Bangladesh, India, Pakistan, Sudan, Filipina, Myanmar, Morocco dan Sri Lanka juga tidak tertakluk kepada IP. Akan tetapi pengimportan dari negara-negara yang endemik kepada Kumpang Khapra tersebut mematuhi beberapa syarat seperti:
i. Menjalani rawatan pewasapan dengan menggunakan Metil Bromida (MB) pada kadar 80 g/m³ selama 48 jam bagi memastikan konsainan yang diimport bebas daripada penyakit dan perosak ;
ii. Sijil Fitosanitasi (Phytosanitary Certificate , PC) dari National Plant Protection Organization (NPPO) negara pengeksport sebagai pengesahan kepada rawatan yang telah dijalankan.
Namun begitu, semua jenis bahan pembungkus berasaskan tumbuhan dan produk tumbuhan memerlukan import permit dan sijil fitosanitasi (PC). Sebagai contoh, pembungkusan konsainan yang menggunakan guni jute, bakul buluh atau bakul rotan. Ianya adalah IP dan PC yang berbeza dengan produk tumbuhan yang diimport sekiranya produk tumbuhan tersebut memerlukan IP dan PC. Pembungkusan konsainan selain dari guni jute, bakul buluh atau bakul rotan seperti polybag, kotak kertas dan sebagainya adalah tidak tertakluk kepada keperluan Import Permit (IP) dan Sijil Fitosanitasi (PC).
Semua pengimportan tumbuhan dan produk tumbuhan termasuk pengimportan ini perlu melalui pemeriksaan di pintu masuk oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Pengimport perlu mengisytiharkan konsainan tersebut kepada Jabatan MAQIS untuk pemeriksaan di pintu masuk. Jika didapati terdapat perosak atau bendasing dibawa bersama rempah yang diimport atau ketidakpatuhan yang lain, tindakan kuarantin akan dikenakan.
-
Berapa lamakah tempoh proses permohonan pengimportan untuk tumbuhan, produk tumbuhan dan artikel terkawal khususnya sebagai bahan tanaman untuk tujuan komersial?
Bergantung kepada kategori risiko sesuatu permohonan samada dikategorikan berisiko tinggi atau sederhana.
Sekiranya sesuatu permohonan dikategorikan berisiko tinggi seperti pengimportan tumbuhan sebagai bahan tanaman (biji benih, keratan, anak pokok, tisu kultur), tempoh proses permohonan pengimportan tersebut adalah dalam tempoh tiga (3) bulan sehingga enam (6) bulan.
Sekiranya sesuatu permohonan dikategorikan berisiko sederhana seperti pengimportan bijirin (grains) dan kayu bergergaji (sawn timber), tempoh pemprosesan adalah antara dua minggu hingga ke tiga (3) bulan. Selain itu, tempoh proses permohonan pengimportan tumbuhan, produk tumbuhan dan artikel terkawal bagi tujuan penyelidikan juga adalah dalam tempoh 3 bulan. Walau bagaimanapun, kelulusan ini juga bergantung kepada Jawatankuasa Analisis Risiko Perosak sekiranya memerlukan Dokumen Teknikal daripada Pihak Berkuasa Kuarantin Negara Pengeksport (National Plant Protection Organization, NPPO), Laporan Analisis Risiko Perosak Lengkap dan Lawatan Verifikasi Pematuhan (Verification of Compliance, VOC) ke negara pengeksport sekiranya perlu.
-
Berapa lamakah tempoh proses permohonan pengimportan tumbuhan, produk tumbuhan dan artikel terkawal bagi tujuan penyelidikan?
Tempoh proses permohonan pengimportan tumbuhan, produk tumbuhan dan artikel terkawal bagi tujuan penyelidikan adalah dalam tempoh 3 bulan. Walau bagaimanapun, kelulusan Jawatankuasa Analisis Risiko Perosak juga bergantung kepada keperluan dokumen teknikal daripada Pihak Berkuasa Kuarantin Negara Pengeksport (National Plant Protection Organization, NPPO), Analisis Risiko Perosak Lengkap dan Lawatan Verifikasi Pematuhan (Verfication of Compliance, VOC) sekiranya perlu.
-
Saya ingin membawa masuk bunga benih bunga lily, chrysanthemum, orchid dan cactus sebagai tanaman hiasan kerana saya sangat berminat dengan tanaman hiasan. Adakah pengimportan ini memerlukan import permit ?
Semua jenis tanaman hiasan termasuk benih tanaman seperti lily, chrysanthemum, orchid dan cactus dalam bentuk fresh cut flower, loose cut flower, dried flower dan preserved flower memerlukan import permit (IP) dan sijil fitosanitasi (PC) dari negara pengeksport.
-
Saya ingin membawa masuk bawang merah dan bawang putih dari negara India. Adakah pengimportan ini memerlukan import permit ?
Pengimportan bawang merah dan bawang putih bagi tujuan makanan manusia dari India adalah dikategorikan berisiko rendah dan tidak tertakluk kepada syarat yang khusus buat masa ini. Oleh itu, pengimportan ini tidak memerlukan permit import (IP) daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) buat masa ini sehingga dimaklumkan kelak.
Walau bagaimanapun, pengimportan ini perlu bebas dari perosak dan penyakit tumbuhan. Selain itu, pengimportan ini perlu melalui pemeriksaan di pintu masuk oleh Jabatan MAQIS. Oleh itu, pengimport perlu mengisytiharkan konsainan tersebut kepada Jabatan MAQIS untuk pemeriksaan di pintu masuk.
Sekiranya didapati terdapat perosak atau bendasing yang dibawa bersama komoditi yang diimport atau ketidakpatuhan yang lain, tindakan kuarantin akan dikenakan ke atas konsainan tersebut
-
Adakah pengimportan bahan mineral memerlukan import permit ?
Semua pengimportan bahan mineral dalam bentuk (raw / semi processed mineral) adalah tertakluk kepada import permit. Walau bagaimanapun, pengimportan bahan mineral selain dari bentuk (raw / semi processed mineral) adalah tidak tertakluk kepada import permit buat masa kini.
Namun begitu, pengimportan ini perlu bebas dari perosak dan penyakit tumbuhan. Selain itu, pengimportan ini perlu melalui pemeriksaan di pintu masuk oleh Jabatan MAQIS. Oleh itu, pengimport perlu mengisytiharkan konsainan tersebut kepada Jabatan MAQIS untuk pemeriksaan di pintu masuk.
Sekiranya didapati terdapat perosak atau bendasing yang dibawa bersama komoditi yang diimport atau ketidakpatuhan yang lain, tindakan kuarantin akan dikenakan ke atas konsainan tersebut.
-
Saya ingin membawa masuk minyak kelapa dara dan kelapa parut dari Indonesia. Adakah pengimportan ini memerlukan import permit ?
Pengimportan minyak kelapa dara dan kelapa parut dari Indonesia tidak memerlukan import permit. Pengimportan bagi tujuan kegunaan manusia seperti serbuk , santan, air kelapa juga tidak memerlukan import permit.
Namun begitu, pengimportan ini perlu bebas dari perosak dan penyakit tumbuhan. Selain itu, pengimportan ini perlu melalui pemeriksaan di pintu masuk oleh Jabatan MAQIS. Oleh itu, pengimport perlu mengisytiharkan konsainan tersebut kepada Jabatan MAQIS untuk pemeriksaan di pintu masuk.
Sekiranya didapati terdapat perosak atau bendasing yang dibawa bersama komoditi yang diimport atau ketidakpatuhan yang lain, tindakan kuarantin akan dikenakan ke atas konsainan tersebut.
Walau bagaimanapun, pengimportan kelapa muda, tua, biji benih kelapa, anak benih kelapa serta mana-mana bahagian kelapa untuk bahan penanaman adalah tertakluk kepada import permit.
-
Saya ingin membawa masuk biji benih sorghum dari Belgium untuk tujuan penyelidikan. Apakah dokumen yang diperlukan untuk membawa masuk konsainan ini ?
Pengimportan biji benih sorghum dari Belgium untuk tujuan penyelidikan adalah tertakluk kepada Import Permit (IP) dan Sijil Fitosanitasi (PC). Pengimport perlu memberi maklumat alamat penuh premis penyelidikan seperti makmal, tempat penanaman (kawasan terbuka, rumah saringan, rumah kaca, ladang, nurseri) untuk memudahkan pegawai membuat lawatan pematuhan verifikasi di premis penyelidikan terlebih dahulu. Setelah tamat penyelidikan, biji benih tersebut perlu dimusnahkan dan pengimport perlu mengemukakan borang PQ12 sebagai bukti pemusnahan konsainan kepada Jabatan untuk memudahkan pengimportan konsainan yang sama pada masa akan datang.
-
Saya ingin mengimport buah limau kering dari Turki untuk tujuan komersil. Adakah pengimportan ini memerlukan import permit?
Buah-buahan segar selain daripada pisang, limau, mangga, durian dan jambu air adalah tidak memerlukan import permit. Namun begitu, sekiranya buah-buahan segar tersebut adalah dari negara berisiko tinggi (HRC) adalah tertakluk kepada import permit walaupun selain daripada pisang, limau, mangga, durian dan jambu air.
Semua pengimportan buah-buahan segar dari keluarga Citrus termasuk limau memerlukan import permit. Walau bagaimanapun, sekiranya buah tersebut adalah dalam keadaan kering (dried) adalah tidak memerlukan import permit kerana keadaannya yang telah dikeringkan sepenuhnya mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk kemasukan perosak.
Walau bagaimanapun, pengimportan ini perlu bebas dari perosak dan penyakit tumbuhan. Selain itu, pengimportan ini perlu melalui pemeriksaan di pintu masuk oleh Jabatan MAQIS. Oleh itu, pengimport perlu mengisytiharkan konsainan tersebut kepada Jabatan MAQIS untuk pemeriksaan di pintu masuk.
Sekiranya didapati terdapat perosak atau bendasing yang dibawa bersama komoditi yang diimport atau ketidakpatuhan yang lain, tindakan kuarantin akan dikenakan ke atas konsainan tersebut
-
Saya ingin membawa masuk cili besar dancili padi dari Vietnam untuk tujuan komersial. Adakah pengimportan ini memerlukan import permit ?
Ya, pengimportan cili padi dan cili besar dari Vietnam untuk tujuan komersial memerlukan import permit (IP) dan sijil fitosanitasi (PC).
-
Saya ingin mengimport biji kopi panggang (roasted) dan serbuk kopi terproses dari negara Afrika Selatan. Adakah pengimportan ini memerlukan import permit ?
Pengimportan biji kopi kering (raw bean) dari Afrika Selatan untuk tujuan pemprosesan dan kegunaan manusia memerlukan Import Permit (IP). Namun begitu, pengimportan serbuk kopi (produk akhir) dimana biji kopi yang telah diproses sehingga menjadi serbuk adalah tidak tertakluk kepada Import Permit (IP). Walau bagaimanapun, pengimportan serbuk kopi tersebut perlu bebas dari perosak dan penyakit tumbuhan. Selain itu, pengimportan ini perlu melalui pemeriksaan di pintu masuk oleh Jabatan MAQIS. Oleh itu, pengimport perlu mengisytiharkan konsainan tersebut kepada Jabatan MAQIS untuk pemeriksaan di pintu masuk. Sekiranya didapati terdapat perosak atau bendasing yang dibawa bersama komoditi yang diimport atau ketidakpatuhan yang lain, tindakan kuarantin akan dikenakan ke atas konsainan tersebut
-
Apakah syarat untuk mengimport bahan tanaman?
Bahan tanaman seperti biji benih (seeds), anak pokok (seedlings), keratan (cutting), tisu kultur dan lain-lain bentuk untuk tujuan penanaman memerlukan permit import daripada Jabatan MAQIS dan Sijil Fitosanitasi daripada Negara Pengeksport. Pengimportan ini juga tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di dalam permit import. Pengimportan tanah bersama bahan tanaman adalah dilarang. Hanya medium tanpa tanah yang steril dibenarkan.
-
Adakah terdapat larangan pengimportan daripada mana-mana negara?
Ya. Berdasarkan Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981, pengimportan daripada negara-negara endemik terhadap penyakit tanaman getah iaitu South American Leaf Blight (SALB) dan negara African Cocoa Regions yang endemik terhadap penyakit tanaman koko, sawit dan kelapa adalah dilarang kecuali bagi tujuan penyelidikan.
-
Apakah fungsi Jabatan Pertanian dan Jabatan MAQIS berhubung pengimportan tumbuhan?
Jabatan Pertanian sebagai National Plant Protection Organization (NPPO) Malaysia yang menetapkan dasar dan keperluan sesuatu pengimportan. Jabatan MAQIS sebagai Jabatan Pelaksana yang mengeluarkan permit import, menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di pintu masuk.